-- FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA -- FREE INTERNATIONAL SHIPPING for purchase USD150 or more --
Batik Shirt Kualiti Terbaik di Ayayu

Biasa orang lelaki pakai baju kemeja batik untuk ke pejabat atau ke majlis perkahwinan, kan?

Mungkin sebab nak nampak lebih formal.

Tapi sekarang, anda boleh dapatkan batik shirt untuk dipakai secara kasual atau untuk kegunaan harian juga!

Bolehlah pergi membeli-belah atau bercuti pakai batik shirt, terus nampak segak lagi bergaya.

Bukan itu saja, berapa ramai yang anda pernah nampak pergi berjalan-jalan pakai batik shirt? Jarang, kan?

Kalau anda pakai, automatik jadi one of a kind, baru nampak lain daripada yang lain.

Tapi orang selalu ngomel batik ni susah nak jaga, susah nak cari yang berkualiti.

Jangan risau, jom kami kongsi macam mana anda nak kenal batik berkualiti atau tidak dan macam mana nak jaga. Senang je kalau anda dah tahu.

4 Ciri Batik Shirt Berkualiti

Semua batik pun cantik tapi macam mana nak tahu mana satu yang berkualiti mana satu yang tidak?

Adakah pada harga dan coraknya sahaja? Tidak.

Ini antara tips yang anda boleh gunakan untuk memilih batik shirt anda.

batik shirt material

 

  1.  Material

Tips utama dalam memilih pakaian adalah kena pastikan material yang digunakan adalah sesuai dan selesa.

Tips ini juga penting untuk memilih batik shirt.

Material batik yang dihasilkan daripada tumbuhan seperti kain blaco, katun dan mori adalah pilihan yang bagus untuk batik shirt.

Material jenis ini tahan lasak, tahan cucian, tahan panas dan menyerap peluh.

Material yang dihasilkan daripada haiwan seperti sutera sememangnya tahan lasak.

Tetapi kebanyakannya tidak tahan cucian, tidak tahan panas dan kurang menyerap peluh.

Material daripada bahan sintetik pula seperti nilon, teteron dan decron juga tahan lasak tetapi tidak tahan panas dan tidak serap peluh.

Oleh itu, pilihlah material yang sesuai dengan cuaca serta keadaan/acara.

  1.  Motif Corak

Seperti yang kita tahu, batik mempunyai banyak motif batik.

Contohnya batik sidomukti, batik loreng, tiga serangkai, mega mendung, batik parang dan banyak lagi.

Nilai batik juga terletak pada motif corak batik tersebut.

Semakin rumit motifnya, semakin tinggi nilai batik tersebut.

Kalau anda ingin batik shirt ada kelihatan eksklusif, pilihlah motif corak yang jarang dimiliki.

batik shirt

 

  1.  Anti Luntur

Lagi satu cara untuk pastikan batik shirt berkualiti adalah dengan mengujinya pada kulit anda.

Batik yang berkualiti tinggi tidak akan meninggalkan bekas warna pada kulit anda.

Jika warna batik melekat pada kulit anda, kain batik tersebut adalah kurang berkualiti kerana mudah luntur dan warna pada kain akan cepat pudar. 

  1.  Kegunaan/Acara Sesuai

Sebelum anda membeli batik shirt, anda perlu tentukan jenis acara yang batik ini akan dikenakan– sama ada formal atau casual.

Tips ini berkaitan dengan motif corak kerana ada jenis motif corak yang tidak sesuai untuk digunakan dalam sesetengah keadaan atau acara.

Jika acara tersebut merupakan acara casual, batik bermotifkan flora atau fauna dengan warna dasar yang terang adalah pilihan yang betul.

Jika acara formal pula, motif corak yang minimal dan warna lembut adalah pilihan yang terbaik.

Kalau kegunaan harian, ikutlah selera anda; ramai suka memilih batik tiga serangkai untuk pakai harian.

Cara Nak Jaga Batik Shirt

Dah ada batik shirt yang berkualiti, takkanlah tak nak jaga baik-baik kan?

Jom kami kongsi cara nak jaga batik shirt anda.

sabun batik shirt

 

  1.  Kurangkan Sabun

Ramai orang suka letak sabun yang banyak semasa basuh, barulah bersih dan wangi.

Ada juga yang ingat lebih banyak sabun, lebih bagus tetapi sebenarnya tidak.

Kenapa tak boleh guna sabun banyak sangat?

Bukan sahaja anda membazir tetapi warna putih daripada buih sabun boleh melekat pada pakaian.

Cuba gunakan separuh daripada kuantiti sabun yang dicadangkan.

Yang paling penting, elakkan penggunaan klorin, peluntur atau apa-apa jenis detergen yang keras dan boleh merosakkan baju.

Batik perlu dicuci dengan berhati-hati untuk mengekalkan warnanya.

Cara terbaik adalah merendam batik shirt anda dalam larutan sabun yang tidak berlebihan.

Selepas beberapa minit, keluarkan, perah dan sidai seperti biasa.

  1.  Rendam Dalam Air Sejuk

Petua orang lama untuk kekalkan warna batik kekal terang walaupun banyak kali dibasuh adalah rendamkan batik dalam air sejuk sebelum membasuhnya.

Jangan lupa tambah beberapa sudu cuka dalam air rendaman.

Kenapa? Sebab cuka merupakan bahan semulajadi yang dapat memastikan warna batik tidak mudah luntur.

Air sejuk pula tidak akan menyebabkan baju meregang atau mengecut selepas basuhan serta melindungi warna baju daripada luntur.

batik shirt

 

  1.  Basuh Dengan Tangan

Mencuci dengan tangan merupakan cara terbaik untuk pastikan batik tahan lama.

Anda perlu ingat bahawa tak semua jenis kain boleh dibasuh guna mesin kerana boleh cepat rosak.

Kalau batik shirt anda diperbuat daripada fabrik lembut dan mahal, rendam sahaja dalam air larutan sabun selama beberapa minit.

Material seperti sutera, kapas, rayon dan linen juga boleh dibasuh dengan tangan tapi jangan diperah terlalu kuat!

Elakkan juga daripada menggunakan apa-apa jenis berus untuk sental batik shirt anda.

Nanti fabrik tercarik, memang menangis sajalah. 

  1.  Hilangkan Kesan Degil Cepat-cepat

Takkan basuh batik shirt nak rendam saja, kalau ada sos tumpah dekat batik shirt macam mana?

Jangan panik. Cuba basuh kotoran itu serta-merta, jangan tunggu.

Sapukan sabun basuh baju atau penanggal kotoran di atas kesan tersebut dan rendam batik shirt anda dalam air sejuk secepat mungkin.

Kalau masih ada kesan, letakkan penanggal kotoran buat kali kedua.

Pastikan kotoran hilang sepenuhnya sebelum anda keringkan baju.

Kalau tak, kotoran tersebut mungkin akan kekal selamanya.

sidai batik shirt

 

  1.  Sidai di Tempat Redup

Jangan sesekali jemur batik shirt anda di bawah terik matahari kerana sinaran UV boleh lunturkan warna kain.

Walaupun letak bawah matahari pakaian cepat kering, bahang dari mathari boleh buat kain cepat rosak dan mudah koyak.

Sebab itu jugalah kita tidak digalakkan menyetrika pakaian batik.

Kalau perlu juga, lapikkan batik shirt anda dengan selembar kain lain dan pastikan suhu seterika tidak terlalu panas.

Kalau tak boleh seterika, baju batik kedut macam mana?

Untuk elakkan batik shirt anda berkedut, sidai baju batik secara menegak dengan menggunakan penyangkut baju.

Anda juga boleh gunakan pelembut fabrik untuk mengurangkan kedutan tetapi pastikan tidak terlalu banyak, nanti luntur pula warna batik.

Artikel Berkaitan: 

Baju Batik Semakin Diminati Ramai

Mana Boleh Dapat Batik Shirt?

Walaupun batik merupakan pakaian yang sinonim dengan orang Melayu, nak dapatkan batik shirt yang menarik dan sesuai dengan acara bukanlah mudah.

Jadi, mana boleh dapat batik shirt?

Jawapannya adalah di Ayayu! Jom cuci mata.

  1.  GEOM Men Batik Shirt

Baju batik lelaki GEOM ini ekslusif tau sebab direka khas oleh Ayayu yang diperbuat menggunakan teknik batik terap tradisional dan teknik mewarna lukisan tangan.

Materialnya lembut, breathable dan selesa untuk dipakai dalam cuaca di Malaysia kerana diperbuat daripada 100% cotton.

Terdapat dua pilihan lengan iaitu lengan pendek dan lengan panjang.

GEOM sesuai untuk mereka yang sukakan potongan regular (regular fit).

  1.  DAUN Men Batik Shirt

Nama pun DAUN Men Batik Shirt, jadi motif dedaun menjadi fokus bagi batik shirt ni.

Kalau anda nak feeling Hawaiian shirt tapi tetapi baik, bolehlah pilih batik shirt yang bermotifkan dedaun ni.

Diperbuat daripada 100% cotton, DAUN Men Batik Shirt ni ringan, breathable dan lembut. Memang kualiti bertaraf premium.

Datang dalam 3 warna: biru/ungu, biru/hijau dan hitam/kelabu, DAUN sangat sesuai dipakai untuk pelbagai acara.

DAUN Men Batik Shirt ini juga ada pilihan lengan panjang dan lengan pendek.

  1.  TANJUNG Men Batik Shirt

Kalau anda nak batik shirt yang kasual atau untuk dipakai harian, TANJUNG Men Batik Shirt adalah untuk anda.

Apa yang menariknya, TANJUNG Men Batik Shirt ni bukan sekadar batik shirt tapi datang sekali dengan sejarah dan budaya Penang.

Sebabnya, ia diperbuat menggunakan teknik terap batik di Penang, maka TANJUNG melambangkan kekayaan dan kepelbagaian budaya, warisan dan penduduk Pulau Pinang.

Diperbuat daripada 100% lawn cotton yang berkualiti tinggi, TANJUNG bukan sahaja ringan tetapi juga nipis dan sangat lembut.

Sangat sesuai untuk berjalan, makan malam romantik dengan pasangan dan melancong.

TANJUNG datang dengan 3 warna menarik: Gummy Red, Aqua Green dan Lave Purple.

Kesimpulan

Jika anda mencari kelainan daripada baju harian yang anda selalu pakai, batik shirt adalah jawapannya.

Ramai yang takut nak pakai batik shirt sebab tak tahu cara nak jaga dan ada juga yang tak tahu macam mana nak cari batik shirt yang berkualiti.

Mungkin anda pun salah seorangnya, tapi sekarang anda dah tahu kedua-duanya!

Bukan itu sahaja, dengan memakai batik shirt anda akan rasa eksklusif serta meneruskan kesinambungan seni batik yang semakin pupus.

Kalau nak lebih lagi, sokonglah produk tempatan seperti Ayayu yang kekal memperjuangkan seni batik.

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang batik shirt atau nak melihat dengan sendirinya produk Ayayu, anda boleh ke studio dan outlet kami di:

Studio & Galeri Bukit Damansara,

55-1, Jalan Medan Setia 1,

Bukit Damansara,

50490, Kuala Lumpur

 

Outlet Suria KLCC,

Concourse Level (berhadapan Vincci - laluan LRT)

Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre

8000, Kuala Lumpur

Jom jadi penerus tradisi pemakaian batik dengan memakai baju batik yang direka khas oleh Ayayu.

Dapatkan Batik Shirt di Ayayu Sekarang!