-- FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA -- FREE INTERNATIONAL SHIPPING for purchase USD150 or more --
Kain Batik Ketahui Sejarah dan Maksud Cara Pemakaiannya

Umum mengetahui, kain batik ialah salah satu produk kraftangan tradisional paling popular dari Malaysia. 

Produk yang banyak diusahakan di negeri-negeri Pantai Timur ini menggunakan teknik canting dan lilin cair untuk mendapatkan motif rekaan tertentu. 

Namun, terdapat juga corak batik yang terhasil melalui teknik mengecop dan menerap.

Asal-usul perkataan ‘batik’ itu sebenarnya berasal daripada gabungan perkataan Jawa iaitu “amba” yang memberi makna tulis dan juga “nitik” yang bermaksud membuat titik.

Ada sumber yang mengatakan batik mula diperkenalkan sejak tahun 1911 di Kelantan. 

Namun begitu, ‘Batik Pelangi’ dilaporkan telah wujud sejak tahun 1770-an lagi apabila mula dibawa ke Kepulauan Melayu.

Pada mulanya, rekaan kain batik di Kelantan banyak dipengaruhi dan diilhamkan daripada corak batik Jawa dan batik Siam. 

Lama-kelamaan, inovasi dan kreativiti masyarakat tempatan telah berjaya berasimilasi sehingga menghasilkan kain batik tersendiri yang berbeza dengan identiti batik dari negara lain.

Industri pembuatan batik di Malaysia amat besar dan terkenal di peringkat antarabangsa. 

Rekaan kain batik Malaysia bermutu tinggi dan mempunyai motif flora dan alam semula jadi yang unik yang bukan sahaja digemari rakyat Malaysia. 

Malah, menjadi pilihan pelancong-pelancong asing yang datang ke negara ini sebagai cenderamata untuk dibawa pulang.

Kegunaan kain batik

kain batik

Kain batik mungkin adalah sejenis kain paling serba guna dan versatil sejak berkurun lamanya. 

Selain dijadikan pakaian harian, kain batik juga boleh dijadikan pakaian formal untuk menghadiri majlis sekiranya dipadankan dengan baju tertentu.

Pada zaman dahulu, kain batik sering digunakan sebagai kain basahan bagi para wanita. 

Bagi ibu-ibu yang sudah mempunyai cahaya mata pula, kain batik akan diubah suai menjadi buaian untuk menidurkan bayi dan diikat pada badan untuk menggendong si comel ke mana-mana.

Di samping itu, kain batik juga sering digunakan untuk menutup jenazah yang sudah meninggal dunia sebelum mayat dikebumikan. 

Pendek kata, kain batik sememangnya mempunyai pelbagai fungsi bagi masyarakat Melayu tanpa mengira zaman. 

Cara Pemakaian Kain Batik

 

cara pakai kain batik

Menurut Profesor Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin, Felo Penyelidik Kanan Institut Alam dan Tamadun Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia, pemakaian kain batik sarung berhubung kait dengan si pemakai secara langsung. 

Rekaan kain batik sarung di Malaysia kebiasaannya terbahagi kepada beberapa bahagian. 

Salah satu daripada bahagian tersebut dipanggil kepala kain. 

Kedudukan kepala kain ini apabila dipakai sebenarnya memberi tafsiran berbeza bagi mereka yang memahami maksudnya.

Sekiranya kepala kain berada di bahagian hadapan, gaya pemakaian tersebut melambangkan si pemakai merupakan seorang anak dara dan belum berkahwin. 

Hal ini bertepatan dengan kata teromba (perbilangan adat) iaitu ‘kok kepala kain di depan, dipakai berpatut patut, itu lambang anak dara.’

Jika kepala kain dipusingkan ke bahagian belakang, itu bermakna wanita tersebut sudah pun berumah tangga. 

Oleh itu, dia tidak boleh diusik atau disunting jejaka lain. Selain itu, adab dan batasan pergaulannya juga perlu dijaga, bersesuaian dengan statusnya sebagai isteri seseorang.

Manakala, wanita yang berkain batik seharusnya memakai kepala kain tersebut di sebelah kanan sekiranya beliau memegang status balu. 

Namun begitu, arah kepala kain yang sama ini juga turut dipraktikkan oleh ibu soko (ketua adat) dalam Adat Perpatih.

Jika seorang janda yang telah diceraikan pula akan memakai kepala kain di sebelah kiri, ia melambangkan si pemakai mempunyai peluang untuk didekati tetapi dalam keadaan yang masih menjaga kesopanan serta beradab. 

Artikel berkaitan...

Batik Malaysia Identiti Rakyat Malaysia

Menurut Prof. Madya Mohd. Rosli, pemakaian sebegini tidak akan sesekali menjatuhkan martabat wanita itu tetapi memudahkan masyarakat untuk membantu dan sentiasa melindungi maruahnya.

Menurutnya lagi, masyarakat terdahulu telah terbiasa mengatur dan menyusun tatacara kehidupan seharian termasuklah cara-cara berpakaian dan memilih busana agar memudahkan orang sekeliling mengenali identiti si pemakai.

Buat pengetahuan anda, Prof Madya Mohd Rosli merupakan seorang tokoh tanah air yang sering menjadi rujukan mengenai adat pepatih di Malaysia. 

Selain itu, beliau juga pernah dinobatkan sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia.

Kain Batik dan Ayayu

kain batik ayayu

Ayayu merupakan sebuah syarikat yang memberi fokus kepada penghasilan barangan batik bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. 

Kami berhasrat untuk memperkenalkan serta menanam rasa cintakan kraf tradisional tempatan lebih-lebih lagi batik blok (handblocked) hasil tersendiri. 

Kami di Ayayu mendapat ilham daripada alam semula jadi dan elemen bersejarah tempatan untuk menghasilkan motif batik dalam setiap rekaan. 

Dalam usaha menyiapkan sesebuah produk, terdapat proses penyelidikan yang menyeluruh dan pemilihan kombinasi warna terbaik. 

Kedua-dua langkah perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum rundingan diadakan bersama artisan batik dari seluruh tanah air untuk menghasilkan rekaan.

Dari situ, corak akan diterap menggunakan tangan pada material pilihan iaitu fabrik kapas berkualiti tinggi. 

Kemudian, ia dijahit dengan penuh teliti untuk memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Buat pengetahuan anda, penghasilan batik kami boleh didapati dalam: 

  • Baju kurung 

  • Cheongsam 

  • Baju Melayu 

  • Baju Kurung Kedah 

  • Samfu

Produk batik kami adalah berkualiti tinggi. Warnanya tidak mudah luntur walaupun anda membasuhnya berulang kali dan dalam jangka masa panjang. 

Oleh kerana kain batik blok sangat dikenali dengan ketahanan yang boleh kekal bergenerasi jika dijaga dengan baik.

Dalam pada itu, buat anda yang sedang mencari perkhidmatan tempahan jahitan (tailoring)dan ubahsuai pakaian (alteration), anda boleh hubungi kami di Ayayu. 

Jadi, tunggu apa lagi? 

Dapatkan kain batik yang berkualiti tinggi dan sedap dipakai hanya di Ayayu. Klik link di bawah ini bagi maklumat lebih lanjut. 

Dapatkan Kain Batik Di Ayayu Sekarang